Thursday 11 September 2014

Geng Carrot

Geng Carrot merupakan satu kelab permotoran yang ditubuhkan bagi mengeratkan silaturrahim antara penunggang motorsikal berkuasa tinggi dalam negeri Melaka. Kelab ini ditubuhkan pada tarikh keramat iaitu 14.02.2014 dengan bilangan ahli seramai 4 orang sahaja. Idea penubuhan kelab ini tercetus bilamana beberapa pemilik motorsikal sedang minum bersama-sama di sebuah gerai roti canai dalam daerah Jasin, iaitu di Bemban. 


Setelah berbincang, maka kata putus telah diambil untuk menubuhkan kelab tersebut. Penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk mengumpul kenalan-kenalan yang mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang permotoran. Di samping itu, tujuan penubuhan kelab ini juga adalah untuk mengeratkan perhubungan dan menambah kenalan yang mempunyai hobi yang sama. Secara tidak langsung, pendapat dan pengetahuan antara sesama ahli dapat dikongsi bersama. 

Apabila Geng Carrot tertubuh, maka logo kelab pula harus direka. Logo sesuatu kelab adalah amat penting kerana dengan logo inilah akan mempamerkan identiti sesebuah kelab tersebut. Disertakan pula dengan maksud-maksud disebalik sesebuah logo itu pastinya akan merungkai intipati yang ada di dalam sesebuah kelab tersebut.


Penghasilan logo Geng Carrot adalah ilham bersama antara ahli-ahli kelab. Sejarah logo Geng Carrot adalah bermula pada tarikh 08.03.2014 apabila lakaran pertama dibuat. Lakaran ini dibuat di atas idea-idea dan juga pendapat daripada ahli kelab. Namun setelah diteliti beberapa kali oleh ahli-ahli kelab, beberapa elemen harus direka semula bagi menampakkan lagi keunikan logo tersebut. 


Setelah melalui beberapa proses pembaikan semula, maka terhasillah satu logo yang baru untuk Geng Carrot. Logo yang baru ini dihasilkan pada 15.03.2014. Rekabentuk yang baru ini jelas menampakkan lagi ciri-ciri yang ada pada Geng Carrot disamping ianya agak kemas jika dibandingkan dengan rekabentuk logo yang lama. Setelah terhasilnya logo tersebut, ada beberapa cadangan dari ahli kelab supaya dibuatkan stiker untuk dilekatkan pada motorsikal mahupun topi keledar. 

Sebelum stiker dibuat, logo ini dibuat penilaian sekali lagi oleh ahli Geng Carrot. Sesudah penilaian dan penelitian dibuat, maka beberapa elemen pada logo itu harus diubah sekali lagi bagi menampakkan keunikan yang ada padanya. Perubahan pada logo itu juga haruslah mengekalkan ciri-ciri asal yang ada pada logo lama supaya tidak jauh berbeza dari motif asal logo tersebut.


Tanggal 21.08.2014, terhasillah logo Geng Carrot dengan wajah yang baru. Logo ini masih mengekalkan ciri-ciri asal yang ada pada logo lama Geng Carrot. Ciri-ciri itu adalah penting kerana itulah maksud tersirat yang ada pada Geng Carrot. Diharap semoga logo ini akan kekal digunapakai oleh semua ahli Geng Carrot. Namun seandainya ada bantahan atau cadangan, logo ini akan dinilai semula dan mungkin akan diubah lagi untuk penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

Tetapi, apakah maksud di sebalik logo tersebut?

Tulisan Geng Carrot
Geng Carrot bermaksud himpunan atau kumpulan beberapa penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang "karut". "Karut" di sini bermaksud sifat serba boleh yang ada dalam diri setiap penunggang yang boleh menerima apa jua keadaan, teguran (yang membina), cadangan yang terancang atau tidak dirancang dan juga bantuan yang diperlukan. Pendek kata semua ahli boleh menerima apa jua gurauan dan pandangan serta pertolongan yang diperlukan selagi ianya tidak terikat dengan kehendak dan keperluan peribadi.

Panel meter
Panel meter di sini bermaksud lambang atau simbol bagi sesebuah motorsikal samada berkuasa rendah mahupun berkuasa tinggi

Kelajuan 120kmj
Ini bermaksud kelajuan yang standard bagi konvoi Geng Carrot. Dengan kelajuan ini, motorsikal di bawah 250sp pun boleh turut serta. Disamping itu, ianya juga bermaksud ahli-ahli Geng Carrot tidak terhad kepada pemilik motorsikal berkapasiti 250sp dan ke atas sahaja.

Buah lobak merah (carrot)
Ianya adalah simbol bagi menunjukkan itu adalah sebuah lobak merah atau lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai "carrot". Ianya juga melambangkan penunjuk meter untuk menunjukkan kelajuan pada sesebuah motorsikal.

Tulisan Melaka Big Bike
Tulisan ini bermaksud kumpulan pemilik motorsikal berkuasa tinggi yang berada dalam negeri Melaka iaitu salah sebuah negeri dalam Malaysia. Melaka juga adalah sebuah negeri di mana terletaknya satu daerah iaitu Jasin.

Alamat blog
Alamat ini (www.masukgear.blogspot.com) bermaksud laman blog yang mengandungi pelbagai aktiviti dari Geng Carrot dan juga acara-acara yang bakal berlangsung yang melibatkan bidang permotoran. Laman blog ini juga mengandungi pelbagai info berkenaan motorsikal seperti model baru yang akan dilancarkan dan sebagainya.


Setiap ahli Geng Carrot tidak terikat dengan komitmen kepada kelab semata-mata di mana ahli-ahli adalah bebas untuk menyertai konvoi ataupun sessi TTS, kerana semua ahli kelab memahami keadaan dan tuntutan peribadi setiap ahli antara satu sama lain. Kebiasaannya sessi TTS akan diadakan sekali atau 2 kali seminggu tertakluk kepada kelapangan masa masing-masing.

Stiker Geng Carrot sudah diagihkan kepada semua ahli

Kini bilangan ahli Geng Carrot sudah melebihi 20 orang dan diharap semoga Geng carrot akan terus maju ke hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli di atas kesudian anda untuk turut serta bersama ahli-ahli yang lain. 



-PokNik-
MasukGear

4 comments:

  1. Maju dan terus maju moto2 kapchai pun boley join tiade masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus maju ke hadapan.. Set kito jange pecoh..

      Delete
  2. Assalam pok nik..sy pon br dduk jasin tu..klu ada ride kapcai ambe nok join jgk.insyallah

    ReplyDelete